Wednesday, 2 February 2011


Pertembungan Agama Dan Kemajuan

Pada masa kini, manusia merasakan diri mereka maju dengan mencipta ajaran-ajaran baru. Ajaran-ajaran baru itu tidak lagi dinamakan agama tetapi mereka menamakan dengan ideologi atau teori. Ia bermaksud fahaman-fahaman, cita-cita, haluan dan aliran pemikiran. Ia bukan sahaja pendapat tetapi keyakinan akidah yang diperjuang dengan bersungguh-sungguh dan penuh pengorbanan.
Aliran ini berasal dari Eropah yang memisahkan kehidupan mereka daripada agama. Kristian kini dikuasai oleh unsur penyembahan berhala di Eropah kerana agama yang didakwa diajarkan oleh Nabi Isa sebenarnya diseleweng dan hanyut daripada hakikatnya yang sebenar. Oleh itu, ia dibawa ke Eropah dalam keadaan yang tidak lengkap. Ada pindaan-pindaan yang diubahsuai menurut kemahuan kerajaan Rom. Syeikh Abu Hasan Ali an-Nadawi menegaskan dalam bukunya Maza Khasira al-Alam Bi Hitot al-Muslimin, Kristian berjaya dalam bidang ketenteraan tetapi mereka gagal dalam bidang agama. Mereka berjaya mendirikan empayar Rom yang besar tetapi meleset dalam bidang akidah. Oleh kerana unsur penyembahan berhala mengatasi Kristian dan mempengaruhi ajarannya, Kristian terus diseleweng oleh orang-orang Yahudi yang tidak menerima Nabi Isa dan menentangnya dengan sekeras-kerasnya.
Agama Islam yang bersikap sempurna dan lengkap bukan sahaja berjaya dalam bidang akidah, tetapi juga berjaya dalam bidang tamadun dunia. Kemajuan dunia mempengaruhi orang-orang Eropah mempelajari tamadun Islam di Baghdad dan Andalus. Mereka tidak menerima Islam tetapi mereka membawa perubahan melalui tamadun kebendaan ini dan mencetuskan kemajuan kebendaan yang pesat di Eropah. Kemajuan ini tidak dapat diterima oleh penganut-penganut Kristian yang fanatik. Berlaku pertembungan sehingga menyebabkan lahirnya ideologi-ideologi atau teori-teori baru yang berpandukan kepada unsur kebendaan dan perasaan, sama ada menolak agama atau menerima agama sebahagian daripada keperluan manusia.
Perkara yang menjadi perhatian adalah ajaran-ajaran ini dibawa masuk ke negara-negara Islam dan menjadi senjata serangan pemikiran yang berkesan pada masa kini. Ia dapat menjauhkan mereka daripada Islam dengan cara dan hujah tidak menolak Islam dan masih mengakui sebagai peganut Islam. Ia berjaya menyesatkan akidah atau sekurang-kurangnya memecahkan umat Islam kepada pelbagai ideologi dan kumpulan yang memperjuangkan ideologi itu sehingga berlaku pertarungan sesama sendiri dan hanyut jauh daripada Islam secara sedikit demi sedikit. Benar kenyataan Allah dalam surah Ali Imran, ayat 100,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ
Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

Sejarah Mazhab Qadiani atau Ahmadiah

Ajaran ini diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiani. Qadian adalah gelaran tempat kelahirannya di salah sebuah bandar di wilayah Punjab, India. Apabila ajaran al-Babiah dan al-Baha’i mendapat sokongan penjajah di Iran, ajaran Qadiani, Qadianiah atau Ahmadiah pula mendapat sokongan penjajah Inggeris di India dengan tujuan merosakkan akidah umat Islam dari dalam. Ia juga bagi mewujudkan masalah dalaman umat Islam sehingga meredakan penentangan mereka kepada penjajah.
Pengasasnya mempunyai latar belakang sejarah yang tidak baik sejak awal lagi. Keluarganya menjadi hamba kepada penjajah Inggeris di India. Dia dilahirkan pada tahun 1839 atau 1840 Masihi. Dia mempelajari ilmu bahasa Arab seperi nahu dan sorof. Selain itu, dia juga mempelajari ilmu bahasa Inggeris, ilmu perubatan dan juga ilmu tilik nasib daripada ayahnya yang pernah menjadi penilik nasib.
Pada mulanya, dia menunjukkan sikap berpegang pada ajaran Islam sebenar dengan membela agama dan bersedia mengarang kitab bagi tujuan itu. Dia berjaya mengumpulkan sumbangan wang dan tenaga oleh masyarakat di tempatnya yang menyokong usahanya itu. Namun, secara tiba-tiba dia menyeleweng dan menyebarkan ajaran itu dengan mendakwa nabi Isa sudah wafat dan kuburnya terletak di India. Hujahnya adalah apabila Nabi Isa diburu oleh puak pelampau Yahudi, beliau berhikrah ke Kashmir dan tinggal di sana sehingga meninggal dunia. Beliau meninggal dunia semasa berusia 120 tahun dan dikuburkan di sana. Walaupun teorinya secara jelas menunjukkan pembohongan dan rekaan semata-mata, terdapat segolongan umat Islam yang mempercayainya.
Kemudian, dia mengaku menjadi Imam Mahdi. Imam Mahdi adalah individu yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad akan lahir pada akhir zaman. Dia membacakan hadis, setiap 100 tahun akan lahir pemimpin gerakan pembaharuan (mujaddid). Akhirnya dia mendakwa dirinya adalah mujaddid pada akhir abad ke-14 Hijrah.
Selepas berjaya mengumpul pengikut, dia menaikkan tarafnya dengan roh Nabi Isa menjelma di dalam dirinya. Kemudian, dia mendakwa roh Nabi Muhammad menjelma dalam dirinya. Akhirnya, kedua-dua roh nabi itu berkumpul dalam dirinya.
Memandangkan para nabi mempunyai mukjizat, dia juga mendakwa mempunyai mukjizat. Dia berkata, “Aku boleh mengadakan sejuta mukjizat.” Namun, tidak ada satu pun mukjizat yang bedaku. Ada juga beberapa ramalan yang dibuat olehnya seperti memberitahu saat kematian penentangnya dengan tarikh yang ditetapkan tetapi ramalan itu tidak berlaku.
Ajaran Qadiani bercanggah dengan rukun-rukun iman secara terang-terangan. Antaranya rukun beriman pada Allah, para rasul dan hari kiamat. Kesesatannya semakin jelas terdedah apabila gerakannya disokong kuat oleh penjajah Inggeris di India. Pihak Inggeris memberi kebenaran kepada Mirza Ghulam Ahmad bagi menyebarkan ajarannya di negara-negara umat Islam. Sebagai tanda sokongan, pihak Inggeris memberikan kawasan penempatan yang mereka namakan Rabwah di daerah Punjab bagi dijadikan pusat gerakannya di seluruh India dan seluruh dunia Islam. Gerakan ini diberikan pelbagai kemudahaan bergerak dengan harapan gerakan ini dapat memecahkan kesatuan umat Islam dan meredakan tentangan mereka kepada penjajah.

Sejarah Mazhab al-Babiah

Ajaran sesat yang dibawa oleh seorang yang bernama Mirza Ali Muhammad al-Syirazi yang menggelarkan dirinya al-Bab yang bererti pintu. Ini kerana dia berkata, “Sesungguhnya yang ingin sampai kepada Allah mestilah melalui jalan rasul, nabi dan wali. Oleh kerana untuk mencapainya sangat susah, mestilah melalui pintunya maka sayalah pintunya.” Perkataan pintunya dalam bahasa Arab ialah al-Bab. Kemudian, dia menukarkan namanya kepada al-Bab. Daripada perkataan ini, ajarannya dinamakan al-Babiah.
Mirza Ali Muhammad lahir pada tahun 1252 Hijrah bersamaan tahun 1820 Masihi. Dia mempelajari ajaran al-Batiniah daripada Syed Kazim al-Rasyti. Gurunya adalah murid kepada pemimpin kebatinan bernama Ahmad al-Ahsaei.
Ajaran ini mendapat sokongan daripada Yahudi di Syiraz, Iran. Bagi membuktikan keislamannya, dia menunaikan haji di Mekah pada tahun 1260 Hijrah serta mengunjungi makam Nabi Muhammad di Madinah. Apabila pulang ke Iran, Mirza secara tiba-tiba menyebarkan ajarannya sehingga para sarjana Islam di Iran menjadi gempar. Mereka mendesak pemerintah pada masa itu supaya menghapuskan gerakannya kerana ia membawa kepada kufur secara terang-terangan. Bagi menghadapi tentangan para sarjana Islam, dia mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam dan memutuskan hubungan dengan al-Quran, hadis-hadis Nabi Muhammad dan kitab-kitab agama Islam. Tidak lama kemudian, dia mengaku menjadi Imam Mahdi sehingga mendakwa dirinya lebih baik daripada Nabi Muhammad dan ajarannya lebih baik daripada ajaran Islam. Keadaan bertambah kritikal apabila dia mendakwa Allah menjelma di dalam dirinya, dai yang menzahirkan makhluknya dan menzahirkan Nabi Musa dan Nabi Isa ke alam dunia. Para sarjana Islam di Iran menghukumnya terkeluar daripada agama Islam dan ada juga yang menyatakan dia gila.
Golongan yang mengikut ajaran sesat ini mengarang beberapa kitab yang terkandung di dalam ajaran al-Babiah. Kitab yang terpenting dinamakan al-Bayan yang ditulis dalam bahasa Arab. Di dalamnya terkandung pengenalan kepada ajaran al-Babiah. Pengikut al-Babiah menganggap kitab ini sebagai buku suci. Kemudian mereka mengarang kitab al-Itqan yang menyempurnakan kitab al-Bayan.
Antara ajarannya adalah:
  • Tidak beriman kepada hari akhirat. Mereka memberi maksud hari akhirat dengan alam rohani sahaja.

  • Semua penganut agama adalah sama sahaja.

  • Al-Quran tidak sesuai dipraktikkan pada zaman ini.

  • Sembahyang sekali sahaja sebulan dan tidak memerlukan wuduk.

  • Tidak wajib mengadap kiblat kerana bagi mereka, di mana sahaja mereka mengadapa, di sana wajah Allah berada.

  • Menafikan hukuman qisas (bunuh balas), hudud (hukuman bagi zina, tuduhan zina, mencuri, minum arak dan sebagainya) dan takzir secara sebatan (selain hukuman hudud dan qisas yang ditetapkan oleh nas al-Quran dan hadis).

  • Menyamakan kadar penerimaan perempuan dengan lelaki dalam harta pusaka.

  • Para sarjana Islam di Iran pada masa itu menggesa pihak pemerintah supaya memanggil para pengikut al-Babiah supaya disoal siasat. Mereka juga mengajak berdebat bagi membuktikan kebenaran sekaligus menolak hujah-hujah mereka. Apabila isu semakin hangat, Mirza Ali menafikan membawa ajaran iru dan bersembunti di rumahnya sehingga isu itu reda. Pada 10 Rabiulawal 1261 Hijrah, dia kembali menyebarkan ajarannya. Umat Islam ketika itu menentangnya dengan keras sehingga mendesak Shah Yahya al-Darabi, pemerintah Syiraz supaya menahannya. Namun, Mirza Ali berjaya melepaskan diri dari penjara dan menuju ke Esfahan. Di sana, dia menjadi tetapi kehormat kepada pegawai daerah dan mengajar di sana. Akhirnya kesesatannya terdedah apabila majlis sarjana Islam yang dihadiri oleh 70 para sarjana memutuskan dia kafir. Mereka juga menyarankan kepada pemerintah supaya menjatuhkan hukuman bunuh kerana murtad. Namun, pemerintah ketika itu hanya meluluskan hukuman penjara sahaja. Apabila Shah Nasiruddin berkuasa, Perdana Menteri Iran pada masa itu meluluskan hukuman bunuh. Akhirnya al-Bab dijatuhkan hukuman bunuh bersama dua pengikutnya pada 27 Syaaban 1365 Hijrah.

    Kitab Suci dan Ketua Agama Yazidiah

    KITAB-KITAB SUCI MEREKA
    Al-Quran
    Mereka mengambil mana-mana bahagian ayat dan surah yang mereka sukai dan membuang bahagian yang tidak dipersetujui. Mereka mendakwa ia sengaja ditambah-tambah oleh orang-orang Islam.
    Kitab Ras
    Dalamnya terkandung berita kejadian langit, bumi, lautan, bukit bukau, pokok, para malaikat, Arasy, Adam dan Hawa.
    Kitab Jalud
    Menurut kepercayaan mereka kitab ini berada di sisi Tawuus Malik sebelum segala makhluk dicipta. Menurut ahli sejarah, orang yang menulis kitab ini adalah Syamsudin al-Hasan iaitu salah seorang agamawan mereka. Namun, pengikut-pengikutnya menganggap kitab ini juga daripada Tuhan. Dalamnya terkandung ‘pesanan Tuhan’ kepada hambanya supaya mengikut al-Quran dan agama-agama langit yang menepati kehendak Allah.
    Kitab Ras dan kitab Jalud itu tersebar pada tahun 1895 Masihi dalam bahasa Inggeris. Kemudian ia diterjemah dalam bahasa Arab pada tahun 1909 Masihi seterusnya dalam bahasa Kurdish pada tahun 1911 Masihi.
    Jelas sekali kitab-kitab itu adalah ciptaan manusia bukannya daripada Allah dan ternyata akidah Yazidiah terkeluar daripada Islam dan mencampur-aduk ajaran Islam, Kristian, Majusi dan lain-lain.
    KETUA-KETUA AGAMA YAZIDIAH
    Antara pemimpin-pemimpin agama Yazidiah yang disanjung dan menjadi rujukan kepada mereka ialah:
    Syeikh Adi bin Musafir
    Lahir pada tahun 1073 Masihi. Dia membawa tarikat yang bernama tarikat Adawiyah, pengikutnya mendakwa dia tidak mati tetapi diangkat ke langit.
    Syeikh Abu al-Barkat
    Namanya Sakar bin Sakarin bin Musafir anak saudara kepada Syeikh Adi menurut pengikutnya dia dipilih dengan wasiat Syeikh Adi.
    Syeikh Adi bin Abu al-Barkat
    Bergelar Abu al-Mafajar al-Kurdi.
    Syeikh Syamsuddin Abu al-Hassan
    Dia digelar al-Hassan al-Basri. Menurut pengikutnya dia bertapa selama enam hari dan keluar membawa kitab al-Ajwah yang didakwa daripada Tuhan. Akhirnya dia dibunuh oleh Raja Badaruddin Lukluk, pemerintah Muusil pada tahun 644 Hijrah.
    Syeikh Syarifuddin Muhammad bin Syeh Abu al-Hassan
    Dia mengganti bapanya yang dibunuh. Tetapi pada tahun 655 Hijrah, dia dibunuh oleh Sultan Izzuddin al-Saljuqi.
    Syeikh Zainuddin Yusuf bin Syarifuddin Muhammad
    Dia melarikan diri ke Mesir dan meninggal dunia di sana pada tahun 725 Hijrah.

    Sejarah Mazhab Musyabbihah II

    al-Mansuriah:
    Mereka adalah pengikut Abu Mansur al-Ajali yang mengaku menjadi imam dan mengajak orang ramai mengikut ajarannya.
    Akhirnya Abu Mansur ditangkap dan dibunuh oleh Yusuf bin Umar as-Saqafi, Gabenor Iraq pada zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik. Selepas dia meninggal dunia, pengikutnya yang masih hidup berpecah kepada dua mazhab:
    Al-Husainiah:
    Pengikut al-Husain bin Abu Mansur
    Al Muhammadiah:
    Yang mendakwa menjadi pengikut Muhammad bin Abdullah (al-Nafsi al-Zakiah).
    Al-Khattabiah:
    Pengikut Abu al-Khattab Muhammad bin Abu Zainab al-Asadi al-Ajda’. Akibat daripada ajarannya sesat dan menyesatkan itu, Imam Jaafar al-Sodiq menjauhkan diri daripadanya walaupun Abu al-Khatab mengaku sebagai pengikutnya.Saad al-Qummi berkata dalam kitabnya al-Maqalat wal-Firaq, golongan Khattabiah ini berpecah kepada empat pendapat:
    • Pendapat pertama; mereka berkata Jaafar as-Sodiq itu tuhan dan Abu al-Khatab itu rasulnya.
    • Pendapat kedua; mereka yang berkata al-Sirri al-Aqsam diutuskan oleh Jaafar as-Sodiq lalu mereka bersembahyang, berpuasa dan menunaikan haji kerana Jaafar.
    • Pendapat ketiga; mereka yang berkata Jaafar itu Allah dalam bentuk cahaya. Dia masuk ke dalam tubuh orang yang diwasiatkan menjadi peggantinya. Orang yang dimasuki cahaya itu adalah Jaafar. Kemudian cahaya itu keluar dan masuk pula ke dalam Abu al-Khatab. Jaafar ketika itu bertukar menjadi malaikat.
    • Pendapat keempat; mereka yang menyamakan Bazigh seperti Abu al-Khatab. Dia juga diutuskan menjadi rasul dan berkongsi dengan Abu al-Khatab dalam pangkat nabi dan rasul.
    Apabila ajaran Abu al-Khatab berleluasa, Gabenor Kufah menggerakkan bala tenteranya pada tahun 38 Hijrah bagi menghapuskan Abu al-Khatab dan pengikut-pengikutnya. Abu al-Khatab dan pengikut-pengikutnya menentang bala tentera Gabenor Kufah dengan menggunakan pisau, seligi dan batu-batu. Akhirnya Abu al-Khatab berjaya ditahan dan dibawa ke Kufah. Dia dijatuhkan hukuman bunuh bersama beberapa pengikutnya. Mayat-mayat mereka disula dan dipertontonkan kepada orang ramai.
    Al-Muamariah:
    Pengikut seorang yang bernama Muamar, mereka menyembahnya seperti menyembah Abu al-Khatab.
    Al-Bazighiah:
    Pengikut Bazigh bin Musa. Dia mendakwa Imam Jaafar as-Sodiq itu Tuhan yang menjelma dengan rupa makhluk.
    Al-Ujailiah:
    Pengikut Umair bin Banan al-Ujaili. Pengikutnya mendakwa Umair adalah pengganti Abu al-Khatab. Walau bagaimanapun, mereka menerima kematian berbeza dengan al-Muamariah yang mendakwa mereka berpindah ke alam malakut. Akhirnya ketua mereka dijatuhkan hukuman bunuh oleh pemerintah Islam pada zamannya.
    Al-Kayyaaliyyah:
    Pengikut Ahmad bin al-Kayal. Dia dianggap sebagai salah seorang Imam yang tersembunyi. Peringkat awal dia mengaku menjadi imam sehingga pada suatu hari dia mendakwa mampu “berdiri dengan sendirinya” (menjadi Tuhan).
    Al-Nusairiah:
    Pengikut Muhammad bin Nasir yang mendakwa sebagai pengikut Imam Husain al-Askari. Dia adalah imam yang ke sembilan daripada mazhab Syiah Imamiah. Dalam ajarannya sering membincangkan perkara Syiah. Mereka adalah golongan pelampau Syiah.

    Sejarah Mazhab Musyabbihah I

    Pada zaman Salaf, golongan ini memutuskan tidak merubah makna asli ayat-ayat al-Quran dan hadis yang mutasyabihat kepada makna lain (takwil). Setelah beberapa lama, timbul fahaman-fahaman salah yang menafsirkan ayat-ayat mutasyabihat ini sewenang-wenangnya. Lantas, muncul golongan Khalaf yang dipelopori oleh Abu Hassan al-Asy’ari dan Muhammad bin Muhammad al-Maturid memperbetulkan salah faham ini dengan mentakwil berdasarkan logik akal dan bahasa tanpa menyimpang daripada pemahaman al-Quran dan Sunnah.
    Pada fasa salah faham ini, terdapat golongan yang menyerupakan atau menyamakan Allah dengan makhluk berdasarkan zahir ayat-ayat al-Quran dan hadis yang mutasyabihat. Kemudian mereka terus meletakkan makna itu sama seperti yang ada pada makhluk. Mereka bertindak berani dengan menyatakan, “Tuhan yang disembah itu mempunyai rupa yang ada sebahagian anggota tubuh sama ada rohani atau jasmani. Seseorang hamba yang kuat beribadah dan mujahadah dipercayai dapat berjabat tangan dengan Tuhan. Dia dapat bersentuh dengan Tuhan, boleh melihatnya di dunia malah boleh menziarahinya.”
    Salah seorang pengikut fahaman ini, Daud al-Hawarizmi berkata, “Tuhan yang disembah itu berjisim, mempunyai darah dan daging, mempunyai anggota tangan, kaki, kepala, lidah dan dua mata.”
    Mereka menguatkan hujah-hujah dan bukti-bukti mereka kepada hadis-hadis palsu yang sengaja direka dan mengaitkan nama Nabi Muhammad. Hakikatnya, kebanyakan hadis-hadis itu diambil daripada orang-orang Yahudi yang menganut ajaran yang sama.
    Golongan mutasyabihat terbahagi kepada dua jenis:
    Pertama: Mereka yang menyamakan zat Allah dengan zat makhluk. Antara golongan yang menganut fahaman ini adalah al-Saba’iah, al-Bayaniah, al-Hululiah, Hilmaniah dan al-Azafirah.
    Kedua: Mereka yang menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-seifat makhluk. Ada yang menyamakan kehendak Allah dengan kehendak makhluk. Mereka adalah golongan Muktazilah Basrah dan al-Karramiah. Ada juga yang menyamakan percakapan Allah dengan percakapan makhluknya begitu juga dakwaan Allah mempunyai suara, berhuruf dan bersifat baharu. Sebahagian lain menyamakan pengetahuan Allah itu dengan pengetahuan makhluk. Mereka mewajibkan sifat mengetahui tetapi cara Allah mengetahui itu menurut kepercayaan mereka baharu seperti ilmu makhluk.
    Aliran-aliran yang terdapat dapalam ajaran al-Musyabihat:
    al-Saba’iah:
    Mereka adalah pengikut Abdullah bin Saba’ yang dibincangkan dalam mazhab Syiah yang melampau tetapi mengikut fahaman Musyabihat.
    al-Mughiriah:
    Mereka adalah pengikut Mughirah bin Suwaid al-Ajali, seorang ahli sihir bermazhab Syiah. Dia mendakwa malaikat Jibril dan Mikail pernah melafazkan sumpah setia kepadanya di sisi Kaabah iaitu antara Kaabah dan makam Ibrahim. Dia mendakwa Allah menghidupkan 17 lelaki yang diberikan huruf daripada Asma’ Allah al-A’zam (Nama-nama Allah yang Agung). Oleh itu mereka dapat mengalahkan musuh dan memiliki bumi.
    Apabila ajarannya sampai ke pengetahuan Khalid bin Abdullah al-Kasri, beliau memerintahkan supaya menangkap dan menghukum bunuh Mughirah dan pengikut-pengikutnya.
    Selepas mughirah meninggal dunia, pengikut-pengikutnya yang masih hidup bertelagah sesama sendiri. Ada yang menyatakan Mughirah masih hidup dan menunggu kelahiran semula. Ada pula yang menyatakan, “Kita tunggu sahaja kelahiran Imam Muhammad al-Nafsi al-Zakiah.”

    Sejarah Mazhab Halajiah

    Pengikut Husain bin Mansur al-Halaj. Menurut ahli sejarah, dia berasal dari Parsi dan menganut agama Majusi. Kemudian, dia menganut Islam dan menyertai ahli Tasauf. Dia pernah berguru dengan Abu al-Kasim al-Junaid. Dia kemudian pergi ke Mekah dan tinggal di sana selama setahun. Apabila dia mengemukakan pendapat maka Amru bin Ustman al-Makki menuduhnya menentang al-Quran dan mengancam untuk membunuhnya. Mendengar ancaman itu dia melarikan diri ke Khurasan. Selepas lima tahun dia datang lagi ke Mekah. Kemudian dia pergi ke Baghdad dan merantau ke India. Di India, dia mempelajari ilmu sihir sebelum kembali semula ke Mekah. Selepas itu dia pergi ke Baghdad dan Qom, Iran.
    Dia mengaku mengetahui rahsia hati dan mengeluarkan kata-kata yang boleh ditafsirkan dengan makna baik dan makna buruk. Kadang-kadang kata-katanya seperti Syiah dan kadang-kadang seperti Ahli Sunnah. Pada zaman pemerintahan al-Muhtadir al-Abbasi, dia mengucapkan kalimah-kalimah yang mendakwa Tuhan meresap ke dalam dirinya. Kadang-kadang dia memakai pakaian sarjana Islam berserban besar lalu mengemukakan pendapat-pendapat yang bercanggah dengan hukum syariat. Antaranya:
  • Mengharuskan haji ke tempat yang lain daripada Mekah asalkan dia dapat membina bangunan empat persegi rumahnya atau bilik yang tidak kena najis dan bertawaf mengelilingi pada musim haji, memberi makan 30 orang anak yatim dan memberi pakaian kepada mereka dengan menganggap perkara-perkara itu menepati ibadah haji.

  • Mengharuskan berbuka puasa di bulan Ramadan kepada orang yang berpuasa selama tiga hari tiga malam.

  • Harus meninggalkan sembahyang kepada orang yang bersembahyang dua rakaat daripada awal malam sehingga akhirnya.

  • Mengeluarkan kata-kata yang mengelirukan seperti, “Ana al-Haq (Akulah Tuhan).” Sesiapa yang mendidik dirinya supaya mengerjakan taat dan bersabar dengan kelazatan dunia dan menurut nafsu nescaya jiwanya meningkat sehingga mencapai tahap muqarabin (orang yang dekat dengan Tuhan). Tahap ini boleh meninggi sehingga hatinya bersih daripada sifat manusia. Apabila tidak ada lagi sifat itu, roh Tuhan dapat memasuki dirinya seperti penciptaan Nabi Isa.

  • Terdapat perselisihan dalam kalangan sarjana ilmu al-Kalam, pakar fikah dan ahli tasauf daripada segi menghukum al-Halaj. Sebahagian sarjana mengkafirkannya seperti majoriti sarjana ilmu kalam dan sebahagian daripada pakar-pakar fikah dan ahli tasauf. Hujah mereka adalah ajaran al-Halaj termasuk dalam akidah al-Hululiah. Sebahagian lagi berhujah dan menafsirkan ucapannya dengan takwil.
    Walau bagaimanapun pihak pemerintah Abasiah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas al-Halaj kerana pegangan dan ucapannya yang sangat mengelirukan. Namun, sebahagian pengikutnya mendakwa al-Halaj tidak mati. Orang yang dibunuh adalah orang yang menyerupainya. Walau bagaimanapun, ramai orang berbelah bahagi. Ada yang mengkafirkannya dan ada yang memujanya kerana perselisihan sarjana Islam menafsirkan ucapan Halaj itu.
    Perkara yang membahayakan adalah fahaman dan aliran pemikiran al-Halaj dirakam dalam beberapa kitab tasauf. Lebih membahayakan apabila orang awam membaca tanpa mengkaji secara mendalam dan teliti.

    Sejarah Mazhab Hululiah

    Mereka adalah golongan yang mendakwa roh Tuhan itu menjelma di dalam diri seseorang dan menganggap sebagai Tuhan. Mereka menghalalkan yang haram dengan mentakwilkannya. Ajaran ini meresap ke dalam beberapa golongan Syiah dan mazhab-mazhab yang lain yang disebut sebelum ini. Antaranya adalah al-Syaibaiyah, al-Bayaniah, al-Jahaniah, al-Khattabiah, al-Syari’iah, al-Numairiah dan al-Rizamiah. Disamping itu ada pula mazhab-mazhabnya yang berasingan. Antaranya ialah:
    Al-Muqannaiah:
    Pengikut seorang yang bernama Ata’ al-Muqanna’. Dia adalah ahli sihir yang buta. Dia mengaku dirinya bersifat ketuhanan dan menunjukkan sihirnya sehingga kelihatan satu bulan yang lain di langit. Dia mendakwa dapat melihat objek dari jarak dua bulan perjalanan.
    Al-Hilmaniah:
    Pengikut Abu Hilmani al-Damsyiqi yang berasal dari Parsi dan membesar di Halab, Syiria. Dia kemudiannya menyebarkan ajarannya di Damsyik.
    Al-Azafirah:
    Mereka adalah pengikut Abu al-Azafir Muhammad bin Ali al-Syalamaghani.

    Mazhab Murji’ah Qadariah

    Terdapat golongan yang lain di kalangan Murji’ah yang memberi penekanan kepada masalah iman, irjak dan qadar. Golongan ini berpecah kepada beberapa aliran seperti berikut:
    Al-Najariah:
    Adalah pengikut Hasan bin Muhammad al-Najar.
    Al-Jahamiah:
    Pengikut Jaham bin Safuan yang lahir di Khurasan dan membawa ajaran sesat di sana.
    Al-Bakriah:
    Adalah pengikut Bakar bin Abdul Wahid. Menurut pengarang al-Mizan, Bakar bin Ziad al-Bahali, antara kejahatannya adalah mencipta hadis palsu dengan menyandarkannya kepada Abdullah bin al-Mubarak.
    Al-Dhirariah:
    Pengikut Dhirar bin Amru.
    Al-Karramiah:
    Pengikut Abdullah bin Muhammad bin Karram al-Naisaburi al-Sajistani. Pada zahirnya, dia dilihat sebagai orang yang warak dan ahli pidato yang memberi nasihat kepada orang ramai. Sebaliknya dia menjadi pemimpin besar ajaran sesat yang dikenali dengan nama al-Karramiah.
    Al-Ubaidiah:
    Pengikut Ubaid al-Kumait.
    Al-Solihiah:
    Pengikut Soleh bin Amru al-Solihi.

    Pecahan Mazhab Qadariah

    Fahaman Qadariah berpecah kepada dua golongan, mereka adalah:
    Al-Khabitiah:
    Mereka adalah pengikut Ahmad bin Khabit. Pada mulanya dia adalah pengikut fahaman Muktazilah sebelum beralih kepada fahaman Qadariah. Fahamannya melampau sehingga membawa fahaman tansukh (berpindah roh) dan bertuhankan Nabi Isa. Antara ajarannya adalah:
  • Menyatakan alam ini ada dua pencipta. Pertama adalah qadim, iaitu Allah dan yang kedua adalah makhluk, iaitu Nabi Isa. Alasannya Nabi Isa digelar Rahmatullah. Pendapat ini juga diikut oleh Fadhlu al-Hadisi.

  • Mereka juga sependapat dengan Fadlu al-Hadisi yang menyatakan maksud Nabi Isa adalah anak Allah bukan bermaksud beliau diperanakkan. Nabi Isa juga akan menghitung manusia pada hari kiamat nanti, dia datang dengan diiringi oleh para malaikat.

  • Setiap jenis haiwan itu adalah satu umat dan setiap umat itu ada rasul masing-masing dari kalangan jenisnya.

  • Menganut fahaman tanasukh iaitu berpindahnya ruh kepada jasad yang lain. Ia adalah ajaran yang berasal daripada agama Hindu, Greek dan kemudian mempengaruhi agama Kristian.

  • Apabila mereka menganut dan berpegang dengan fahaman yang disebut di atas maka para sarjana Islam menghukumkan mereka keluar daripada agama Islam.
    Al-Hamariah:
    Golongan ini pada mulanya menjadi pengikut Jaafar as-Sadiq semasa al-Hasan yang menjadi salah seorang imam mazhab Imamiah masih hidup. Tidak lama kemudian mereka meninggalkan al-Hasan dengan menyatakan, “Kami menguji Hasan dan kami dapati dia tidak mempunyai ilmu. Kami mengikut Hasan tanpa pengetahuan dan makrifah. Oleh itu maka kelayakannya menjadi imam terbatal.” Seterusnya mereka menganut fahaman Qadariah dengan menafikan qadak dengan qadar daripada Allah. Selain itu, mereka juga menganut beberapa fahaman yang lain. Antaranya adalah:
  • Mereka mengambil fahaman Abad bin Sulaiman al-Damari yang berkata, “Golongan yang Allah laknat menjadi kera dan babi terus kufur selepas berlakunya kejadian itu.”

  • Mengambil fahaman al-Ja’d bin Darham yang menyatakan berfikir itu mewajibkan makrifat. Mereka beralasan makrifat itu adalah perbuatan yang tiada pembuatnya.

  • Menyatakan manusia itu boleh menciptakan haiwan. Caranya adalah mengambil daging kemudian membiarkannya di tengah cahaya matahari atau ditanam kedalam tanah. Apabila daging itu menjadi ulat, mereka mendakwa mereka yang menciptanya.


  • Sejarah Mazhab Qadariah

    Mereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada’ dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan. Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu benar. Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, sebahagian kecil umat Islam membincangkan perkara itu lalu mereka dipengaruhi oleh anasir-anasir bukan Islam. Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemahkan buku-buku asing tanpa batasan.
    Menurut para sarjana sejarah Islam, antara orang pertama yang menimbulkan fahaman Qadariah adalah:
    Ma’abad al- Juhani
    Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Ma’abad adalah sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qadar.
    Ghilan al-Dimasyqi
    Dia mengikut fahaman ini dan meneruskan penyebarannya selepas Ma’abad iaitu pada zaman Umar bin Abdul Aziz. Mendengar fahaman Ghilan, kalifah Umar memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’ i. Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, “Wahai Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan yang benar. Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak mahu bercakap lagi perkara itu.” Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali semula menyebarkan ajarannya. Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’i. Kali yang kedua dia menyerah kalah. Walau bagaimanapun, dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata, “Qadar baik dan jahat itu daripada hamba.” Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.
    Fahaman ini tidak mati dengan matinya Ghilan. Ia masih terus disebarkan di tengah-tengah masyarakat Islam dan berkembang bebas.
    Ibnu Nabatat menyebut dalam bukunya Syarah al-Ubun, “Orang yang pertama bercakap dengan fahaman Qadariah adalah orang Nasrani yang memeluk agama Islam dari negeri Iraq. Kemudian dia murtad (keluar Islam) dan kembali pada agama Nasrani.

    Sejarah Mazhab Jabariah

    Jabariah daripada perkataan jabar (terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.
    Jabariah ialah nama golongan yang berfahaman begitu. Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja.
    Kesimpulannya, perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifal manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagian daripadanya diciptakan oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara af’al (perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.
    Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi. Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham. Dia menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.
    Seterusnya golongan Jabariah memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.
    Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakan, sedangkan kerana rosak kamu lahirnya beberapa kerosakan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripada kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan.”
    Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah, “Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir.
    Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir pada abad yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah. Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan, mereka adalah:
    AL- JAHMIAH
    Pengikut Jaham bin Safuan. Dia melahirkan kesesatannya di Tarmiz. Dia bukan sahaja menaburkan ajaran Jabariah yang meletakkan dosa kepada Allah tetapi juga menambah dengan beberapa kesesatan yang lain, antaranya adalah:
  • Menyatakan syurga dan neraka itu binasa kerana tiada sesuatu pun yang kekal abadi.

  • Gerak-geri ahli syurga dan neraka itu akan berhenti kerana tiada tiap-tiap yang bergerak itu akan berhenti.

  • Iman itu ialah makrifah. Kufur itu ialah jahil mengenai Allah dan hakikat-hakikat Islam. Sekiranya demikian, orang Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Nabi Muhammad boleh dianggap beriman.

  • Kalam Allah itu baru bukannya qadim (sependapat dengan Muktazilah).

  • Tidak harus berserah segala sifat kepada Allah, harus berserah segala sifatnya kepada hamba.

  • Menafikan melihat Allah pada hari kiamat. Menafikan Allah itu berkeadaan yang hidup dan yang mengetahui. Sebaliknya. Allah itu berkuasa mengadakan.

  • AL- TABARIAH
    Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam. Antara ajarannya adalah:
  • Bersama dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat ilmu, berkuasa, berkehendak, hidup, mendengar dan melihat.

  • Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.

  • Kalam Allah itu apabila dibaca menjadi hak dan apabila ditulis menjadi jisim.

  • Iman itu ialah membenarkan. Siapa yang mengerjakan dosa besar akan mati dalam keadaan tidak bertaubat. Dia dibalas kerana dosa itu dan wajib dikeluarkan daripada neraka.

  • AL- DIRARIAH
    Pengikut Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah:
  • Yang diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad adalah ijmak sahaja. Segala yang diambil daripada Nabi Muhammad secara ahad (tunggal) tidak diterima.

  • Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.


  • al-Ka’abiah, al-Jubba’iah, al-Haitiah

    al-Ka’abiah
    Mereka ialah pengikut Abu al-Qasim Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Balqi yang dikenali dengan al-Ka’abi. Dia termasuk dalam kalangan ulamak terkenal di kalangan Muktazilah. Dia bertelingkah dengan Muktazilah Basrah dalam banyak perkara.
    al-Jubba’iah atau al-Baihasiah
    Mereka ialah pengikut Abu Ali Muhammad bin Abduk Wahab bin Salam al-Jubbai dan pengikut anaknya Abu Hasyim Abdul al-Salam bin Muhammad bin Abdul Wahab. Disebut al-Jubba’iah kerana disandarkan kepada Abu Ali al-Jubbai dan disebut dengan al-Baihasiah campuran kepada kedua-dua pemimpin tersebut.
    al-Haitiah
    Mereka adalah pengikut Ahmad bin Hait al-Kudri, seorang yang banyak membaca buku-buku falsafah dan terpengaruh dengannya.

    al-Jahiziah, al-Khiyatiah

    al-Jahiziah
    Mereka adalah pengikut Abu Uthman Amru bin Bahar bin Mahbub al-Jahiz. Seorang yang terkenal di kalangan Muktazilah dari segi ilmu, kepetahan bercakap dan kuat berpegang dengan ajaran Muktazilah sehingga dia dianggap sebagai jurucakap Muktazilah pada zamannya. Dia berusaha selama 80 tahun dan belajar dengan beberapa ulamak ahlu Sunnah antaranya al-Qadi Abu Yusuf, tetapi dia mengikut fahaman Muktazilah.
    al-Khiyatiah
    Mereka adalah pengikut Abu al-Husin Abdul Rahim bin Muhammad bin Usman bin Abu Amru al-Khaiyat. Dia termasuk di kalangan Muktazilah Baghdad. Golongan ini juga dikenali dengan nama al-Ma’dumiah kerana mereka menidakkan secara melampau akan sifat-sifat yang maujudat (baru). Dia termasuk dalam kalangan sarjana besr Muktazilah yang mengarang kitab, pakar dalam ilmu hadis dan fikah selain menghafal beberapa perkara dalam ajaran Ahli Sunnah.

    al-Thumamiah, al-Hisyamiah

    al-Thumamiah
    Pengikut Abu Man Thumamah bin al-Asras al-Numairi. Seorang yang sangat mengejar kemewahan dunia dan selalu berulang-alik ke istana sehingga berjaya mendekati Khalifah Harun ar-Rasyid dan menemaninya ke Mekah. Khalifah Harun ar-Rasyid bertindak ke atasnya apabila penyelewengannya terdedah. Namun, dia berjaya mempengaruhi al-Makmun yang bertukar menjadi pengikut Muktazilah. Kemudian, Thumamah dilantik menjadi seorang yang penting dalam kerajaannya sehingga lebih tinggi daripada kedudukan jemaah menteri.
    al-Hisyamiah
    Pengikut Hisyam bin Amru al-Futi. Dia sangat radikal dalam perkara qadar sehingga dia menafikan dan menyandarkan perbuatan itu kepada Allah. Walaupun dinyatakan sumber al-Quran, Khalifah al-Makmun menghormatinya. Dia hampir-hampir mahu berdiri apabila Hasyim datang mengunjunginya.

    al-Muammariah, al-Mirdariah

    al-Muammariah
    Mereka adalah pengikut Muammar bin Abbad al-Sulami yang dianggap oleh golongan Muktazilah sebagai salah seorang ulamak yang besar dan berpegang pada fahaman menafikan sifat-sifat dan menafikan qadar baik dan jahat.
    al-Mirdariah
    Pengikut Abu Musa Isa bin Shabiih atau digelar al-Mirda. Dia dianggap sebagai seorang yang penting dalam mazhab Muktazilah. Dia berjaya menyebarkan ajarannya di Baghdad kerana sifat warak, zuhud, kuat beribadat, pintar berhujah dan fasih berpidato. Dia digelar sebagai rahib Muktazilah.

    al-Wasiliah, al-Huzailiah, al-Nizomiah, al-Bisyariah

    al-Wasiliah
    Muktazilah berpecah kepada beberapa fahaman. Sebahagian ulamak berkata 22 fahaman dan setengah ulamak pula berkata 23 fahaman. Antara yang terkenal adalah al-Wasiliah. Mereka adalah pengikut Abu Hazifah Wasil bin Atha’ al-Ghazal atau al-Ghazal. Dia pernah menjadi murid kepada Hasan al-Basri. Namun, dia keluar daripada menjadi pengikut Hasan dan mengikuti mazhab Muktazilah selepas dia membaca buku falsafah dan terpengaruh dengannya.
    al-Huzailiah
    Mereka adalah pengikut Abu al-Huzail Hamdani bin Abu al-Huzail al-Alaf. Selain dia berpegang pada fahaman Muktazilah, dia mempunyai pandangan-pandangan mazhabnya yang terdahulu dalam beberapa keadaan. Antaranya, mereka berfahaman Qadariah dalam amal perbuatan dunia dan Jabariah dalam amal perbuatan di alam akhirat.
    al-Nizomiah
    Mereka adalah pengikut Abu Ishak Ibrahim bin Syiar yang dikenali sebagi al-Nizom. Dia menjadi murid kepada al-Alaf dan menjadi guru kepada al-Jahiz.

    al-Bisyariah

    Mereka ialah pengikut Abu Sahal Bisyr bin al-Muktamir al-Hilal. Sebahagian sarjana menyatkan dia berasal daripada Yahudi. Dia membawa fahaman al-Quran itu makhluk pada zaman Khalifah Harun ar-Rasyid dan baginda memenjarakannya selepas diberitahu mengenai penyelewengannya.

    Sejarah Mazhab Muktazilah II

    Umat Islam pernah dilanda masalah besar apabila golongan Muktazilah berjaya mempengaruhi kerajaan Abbasiah pada akhir pemerintahan al-Makmun pada tahun 218 Hijrah. Ajaran Muktazilah menjadi mazhab rasmi negara dan diikuti oleh dua khalifah selepasnya iaitu al-Muktasim dan al-Wasik. Ia berakhir pada zaman pemerintahan al-Mutawakil pada tahun 234 Hijrah.

    Sejarah Mazhab Muktazilah I

    Mereka adalah golongan yang banyak mengamalkan hujah-hujah akal daripada al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad. Fahaman itu berasal daripada pengaruh ilmu falsafah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab pada zaman kerajaan Abbasiah. Ia berkembang dengan pesat pada abad kedua hijrah apabila berlakunya pengaruh ilmu asing kerana percampuran umat Islam dengan umat lain dan pesatnya gerakan penterjemahan pada zaman itu khususnya pada zaman pemerintahan al-Mansur dan al-Makmun.

    Mereka ialah pengikut Ziada bin al-Safar. Sebahagian ulamak menamakannya dengan Ziada bin al-Assar. Sebahagian ulamak berkata, perkataan al-Safariah berasal daripada al-Ashfar yang bermakna kuning kerana mereka kuat beribadah sehingga pucat kuning.
    Kumpulan ini lahir pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah. Mereka agak tidak keras seperti kumpulan Azariqah. Mereka tidak sependapat dengan kumpulan-kumpulan Ibadhiah, Najadat dan Azariqah dalam beberapa perkara, antara ajarannya:
  • Tidak mengkafirkan orang-orang yang tidak berjihad dengannya seperti yang dilakukan oleh kumpulan Azariqah.

  • Tidak menggugurkan hukum rejam.

  • Membuat hukum dosa besar yang tidak disebut hukuman had seperti sembahyang. Walaupun sesiapa yang meninggalkannya menjadi kafir.

  • Menuruk al-Dhahak, golongan al-Safariah ini mengharuskan muslimat berkahwin dengan orang kafir di negeri taqiah (orang Islam ditindas dan diharuskan berhelah untuk menyalamatkan diri)

  • Syirik itu dua, iaitu syirik taat kepada syaitan dan syirik menyembah berhala.

  • Fahaman ini akhirnya berkembang di utara Afrika di kalangan kabilah Barbar. Mereka menjadikan Qoirawan sebagai pusat gerakan. Kemudian, mereka mempengaruhi ketua-ketua kabilah. Pada tahun 297 Hijrah, mereka diserang oleh golongan Syiah dan pengaruh mereka pun hilang.

    Al-Muhakimatul Ula

    Ia adalah nama terawal yang diberi kepada golongan Khawarij. Nama ini bersempena dengan sikap mereka yang menentang Majlis Tahkim dan mereka berkata, “Tiada hukum yang sebenar melainkan Allah.” Mereka juga dikenali dengan al-Hururiyah mengambil sempena nama tempat mereka berkumpul iaitu al-Huraura’. Mereka juga dikenali juga dengan nama al-Syurah kerana mereka berkata: “Kami menjual diri kami kepada Allah. Kami berperang pada jalan Allah, lalu kami membunuh dan dibunuh.”
    Antara pegangan mereka adalah:
    • Ali bersalah kerana menerima Majlis Tahkim. Menurut mereka, Ali menerima hukum manusia bukannya hukum Allah. Kemudian mereka mendakwa Ali terkeluar daripada Islam. Mereka juga menyalahkan Uthman dengan mengecam dan mendakwa para sahabat yang terlibat dalam Perang Jamal dan Siffin terkeluar daripada Islam.
    • Jawatan khalifah boleh diserahkan kepada calon bukan Quraisy walaupun ketika itu Quraisy adalah bangsa paling kuat dan berpengaruh. Kadang-kadang, mereka membenarkan pendapat tidak perlu ada imam.

    Sejarah Mazhab Khawarij

    Selepas Uthman bin Affan, khalifah yang ketiga meninggal dunia (syahid), para sahabat dan sebahagian besar umat Islam melafazkan ikrar setia melantik Ali bin Abi Talib menjadi khalifah yang keempat. Walau bagaimanapun, kematian Uthman meninggalkan api fitnah di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada peperangan sesama sendiri. Ada dua kumpulan yang berperang ketika itu iaitu kumpulan yang taat kepada khalifag Ali dan mereka yang menentang beliau. Golongan yang menentang berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Ali ke atas orang yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan Uthman bin Affan. Perang Siffin berlaku antara mereka yang taat kepada khalifah dan mereka yang menentangnya.
    Apabila tentera pimpinan Ali hampir mencapai kemenangan, Muawiyah menerima nasihat Amru bin al-Ash supaya melakukan helah dengan mengangkat al-Quran dan mengajak supaya berdamai dengannya. Cara ini membawa kepada pertelingkahan sesama sahabat. Ali menyedari penipuan ini namun beliau terpaksa mengikut mereka yang terpengaruh dengan helah itu. Mereka menerima Tahkim dengan Ali mewakilkan Abu Musa al-Asy’ ari manakala Muawiyah mewakilkan Amru bin al-Ash.
    Dalam pengadilan itu, Abu Musa al-Asy’ ari tertipu dengan helah yang digunakan oleh Amru al-Ash. Pengikut Ali tidak berpuas hati dengan pengadilan itu berkata: “Tiada hukum yang sebenar melainkan Allah.” Ali menjawab, “Perkataan itu benar tetapi diucapkan di tempat yang salah.” Mereka mengambil keputusan menentang dan keluar daripada keputusan perlantikan khalifah yang sah. Mereka menuju ke Harura’.
    Ali datang memujuk mereka secara damai. Beliau mengemukakan soal jawab secara baik kepada mereka. Ali bertanya kepada mereka sambil menongkatkan busur panah, “Adakah kamu tahu, aku benci pada jawatan?” Mereka menjawab, “Ya.” Ali bertanya lagi, “Tidakkah kamu sedar, kamu juga memaksa aku supaya menerimanya?” Mereka menjawab, “Ya.” Ali bertanya lagi, “Kalau begitu, mengapa kamu menentangku?” Mereka terus rasa bersalah dan berkata, “Sesungguhnya kami melakukan dosa yang besar. Sekarang kami bertaubat kepada Allah.” Mereka pun pulang ke Kufah bersama Ali.
    Tidak lama kemudian, mereka berubah fikiran lalu menentang semula. Ali terus menghantar Abdullah bin al-Abbas supaya berdamai dengan mereka bagi menghilangkan fitnah dan bencana. Namun, mereka mengambil keputusan menentang khalifah dan bersumpah setia melantik ketua yang dipilih oleh mereka sendiri iaitu Haraura’. Kerana itu, kumpulan ini dinamakan al-Harauriah. Oleh kerana mereka keluar menentang khalifah, mereka dinamakan Khawarij. Mereka juga menamakan diri mereka dengan nama al-Syurah bermaksud orang yang menjual nyawa kerana mahukan keredhaan Allah sedangkan mereka termasuk dalam pengikut ajaran sesat.
    Golongan Khawarij bersepakat mendakwa Ali terkeluar daripada Islam berdasarkan peristiwa Tahkim dan mendakwa orang Islam yang mengerjakan dosa besar juga terkeluar daripada Islam. Mereka juga menghukum orang yang mengerjakan dosa besar akan diseksa dalam neraka selama-lama kecuali golongan al-Najdad iaitu salah satu daripada pecahan Khawarij. Mereka juga mempunyai pegangan-pegangan yang berbeza mengenai akidah serta bersikap menentang keras kepada khalifah Islam yang tidak disenangi mereka walaupun khalifah itu daripada kalangan para sahabat. Apabila golongan Syiah melampau memuja Ali, golongan Khawarij pula melampau menentang Ali serta para sahabat yang tidak sependapat dengan mereka.
    Pada asalnya, mereka menentang dalam urusan pemerintahan Islam sahaja. Namun, tindakan mereka melarat kepada perkara-perkara akidah yang menyeleweng daripada landasan al-Quran dan sunnah.
    Mereka adalah golongan yang bersifat kasar dan keras. Ini kerana kebanyakan mereka daripada kalangan orang Badwi (desa) yang berperangai begitu. Ditambah pula dengan kejahilan agama dan lemah dalam memahami al-Quran dan sunnah walaupun mereka berpegang kuat pada agama dan sayang padanya.
    Pegangan mereka berbeza dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Antara pegangan mereka adalah:
  • Dalam pemerintahan, mereka mengaku Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah yang sah. Uthman pada awalnya sah tetapi mereka mendakwa, Uthman berubah pada akhir pemerintahannya. Apabila Uthman berubah, jawatan khalifahnya juga tidak sah. Ali pula berada dalam keadaan baik sebelum peperangan SifFin. Selepas itu, Ali didakwa melakukan kesilapan dalam semasa Tahkim sehingga kesalahan itu dihukum terkeluar daripada Islam.

  • Mereka mengecam orang-orang yang terlibat dalam Perang Jamal. Mereka adalah Thalhah, Zubair dan Aisyah. Mereka juga mengkafirkan Abu Musa al-Asy’ ari dan Amru bin al-Ash. Kesemua para sahabat itu dikecam habis-habisan. Muawiyah menurut pegangan mereka, merampas jawatan khalifah dengan menggunakan kekerasan maka dia kafir yang wajib diperangi.

  • Jawatan khalifah mesti dipilih secara bebas di kalangan rakyat sama ada ia Ahli al-Bait seperti pegangan Syiah atau Quraisy seperti pegangan Ahli Sunnah. Apabila khalifah itu zalim, dia wajib dipecat atau diperangi. Sebahagian mereka menyatakan, tidak perlu ada imam. Apabila dirasakan mustahak, hukum melantiknya adalah harus sahaja.

  • Terlalu mudah mendakwa kafir kepada orang yang melakukan dosa. Bukan sahaja yang melakukan dosa besar, malah ada yang berpendapat dosa kecil juga dihukum terkeluar Islam.

  • Berpegang pada zahir ayat-ayat al-Quran dan hadis secara mudah tanpa mengkaji secara mendalam menurut kaedah-kaedah asal yang memberi makna yang lebih tepat dan kena bagi tujuan teks.

  • Mereka cuba mempengaruhi Abdullah bin Zubair yang menentang pemerintahan Muawiyah. Mereka meminta dengan keras supaya Abdullah mendakwa dan mengecam sahabat-sahabat termasuk ayahnya keluar daripada Islam. Dengan bijak, Abdullah menjawab, “Sesungguhnya Allah yang maha perkasa dan berkuasa menunjukkan kata-katanya kepada orang yang paling kafir dengan cara yang lebih lembut daripada ini. Allah berkata kepada Musa dan Harun surah Taha, ayat 43 hingga 44,
    “Pergilah kamu berdua berjumpa Firaun sesungguhnya dia melampau batas, katakanlah kepadanya dengan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan dia menerima peringatan dan berasa takut.”
    Nabi Muhammad juga berkata,
    “Jangan kamu menyakitkan orang yang hidup dengan memaki orang yang sudah mati.”
    Lalu beliau melarang sahabatnya memaki Abu Jahal di hadapan anaknya Ikrimah. Abu Jahal adalah musuh Allah dan rasulnya sebelum hijrah dan memeranginya selepas hijrah. “Cukuplah syirik menjadi dosa yang paling besar. Adalah tidak kena pada tempatnya kamu berkata demikian kepada ayahku dan sahabat-sahabat yang lain.”
    Seterusnya Abdullah bin Zubir mempertahankan Uthman, Ali dan ibu saudaranya, Aisyah sehingga golongan Khawarij meninggalkannya.
    Golongan Khawarij menentang khalifah secara kekerasan. Antara tindakan kejam yang mereka lakukan adalah membunuh Ali bin Abu Talib. Ali dibunuh oleh seorang pengikut Khawarij yang bernama Abdul Rahman bin Muljim.
    Seterusnya mereka berpecah kepada lapan golongan yang besar dan berpecah pula daripadanya beberapa kumpulan kecil yang mempunyai pegangan yang berbeza antara satu sama lain.

    al-Zirariah, al-Yunusiah, al-Syaitaniah

    al-Zirariah
    Mereka adalah pengikut Zirarah bin A’yun. Dia pernah mengikut fahaman al-Afthahiyah yang berkata, imam itu adalah Abdullah bin Jaafar. Kemudian, dia keluar daripada fahaman ininlalu mengikuti fahaman al-Musawiyah. Seterusnya dia mencipta ajarannya sendiri. Antaranya dia berkata, Allah itu pada mulanya tidak hidup, tidak berkuasa, tidak mendengar, tidak melihat, tidak mengetahui dan tidak berkehendak. Kemudian dia mencipta untuk dirinya sendiri akan sifat-sifat kuasa, berkehendak, ilmu, hidup, mendengar dan melihat.
    al-Yunusiah
    Mereka adalah pengikut Yunus bin Abdul Rahman al-Qami. Pada mulanya dia menganut fahaman Imamiah Qat’iyah uang memutuskan Imam Jaafar sudah mati. Kemudian dia membawa fahamannya sendiri yang mengatakan Allah itu ditanggung oleh malaikat yang menanggung Arasy, sedangkan Allah itu lebih kuat daripada mereka.
    Ini juga termasuk di kalangan ajaran-ajaran yang mengelirukan dan terlalu mengada-adakan perkara palsu kepada Allah.
    al-Syaitaniah
    Mereka adalah pengikut seorang yang bernama Abu Jaafar bin an-Nukman al-Ahwal al-Rafadhi yang digelar juga dengan nama Syaitani al-Tak. Dia antara orang yang bertanggungjawab membawa fahaman dalam aliran Syiah. Imam adalah orang-orang disebutkan secara tertentu. Mereka berkata, orang yang disebutkan itu adalah Zaid. Dia mengarang sebuah buku berkenaan dengan kepimpinan. Di dalam bukunya, dia menafikan kenyataan Allah dalam surah at-Taubah, ayat 40,
    “Salah seorang daripada dua orang ketika keduanya berada di dalam gua.”
    Ayat ini menerangkan peristiwa Nabi Muhammad bersama Abu Bakar di dalam gua Thur. Dia bersetuju dengan pendapat Hisyam bin Salim aljawaqi yang berpegang pada ajaran Mujasimah. Dia juga bersependapat dengan Hisyam bin al-Hakam yang menyatakan Allah itu mengetahui dengan sendirinya tetapi mengetahui dalam perkara-perkara yang ditakdirkan olehnya dan dikehendakinya sahaja. Bagi perkara yang belum ditakdirkan, dia tidak mengetahuinya.
    Penutup Kumpulan Syiah
    Demikian sebahagian daripada beberapa perkara yang lahir dalam fahaman Syiah. Selain itu ada lagi dalamnya beberapa fahaman lain yang mempunyai pengikut-pengikutnya yang disebut secara khusus.


    al-Zirariah, al-Yunusiah, al-Syaitaniah

    al-Zirariah
    Mereka adalah pengikut Zirarah bin A’yun. Dia pernah mengikut fahaman al-Afthahiyah yang berkata, imam itu adalah Abdullah bin Jaafar. Kemudian, dia keluar daripada fahaman ininlalu mengikuti fahaman al-Musawiyah. Seterusnya dia mencipta ajarannya sendiri. Antaranya dia berkata, Allah itu pada mulanya tidak hidup, tidak berkuasa, tidak mendengar, tidak melihat, tidak mengetahui dan tidak berkehendak. Kemudian dia mencipta untuk dirinya sendiri akan sifat-sifat kuasa, berkehendak, ilmu, hidup, mendengar dan melihat.
    al-Yunusiah
    Mereka adalah pengikut Yunus bin Abdul Rahman al-Qami. Pada mulanya dia menganut fahaman Imamiah Qat’iyah uang memutuskan Imam Jaafar sudah mati. Kemudian dia membawa fahamannya sendiri yang mengatakan Allah itu ditanggung oleh malaikat yang menanggung Arasy, sedangkan Allah itu lebih kuat daripada mereka.
    Ini juga termasuk di kalangan ajaran-ajaran yang mengelirukan dan terlalu mengada-adakan perkara palsu kepada Allah.
    al-Syaitaniah
    Mereka adalah pengikut seorang yang bernama Abu Jaafar bin an-Nukman al-Ahwal al-Rafadhi yang digelar juga dengan nama Syaitani al-Tak. Dia antara orang yang bertanggungjawab membawa fahaman dalam aliran Syiah. Imam adalah orang-orang disebutkan secara tertentu. Mereka berkata, orang yang disebutkan itu adalah Zaid. Dia mengarang sebuah buku berkenaan dengan kepimpinan. Di dalam bukunya, dia menafikan kenyataan Allah dalam surah at-Taubah, ayat 40,
    “Salah seorang daripada dua orang ketika keduanya berada di dalam gua.”
    Ayat ini menerangkan peristiwa Nabi Muhammad bersama Abu Bakar di dalam gua Thur. Dia bersetuju dengan pendapat Hisyam bin Salim aljawaqi yang berpegang pada ajaran Mujasimah. Dia juga bersependapat dengan Hisyam bin al-Hakam yang menyatakan Allah itu mengetahui dengan sendirinya tetapi mengetahui dalam perkara-perkara yang ditakdirkan olehnya dan dikehendakinya sahaja. Bagi perkara yang belum ditakdirkan, dia tidak mengetahuinya.
    Penutup Kumpulan Syiah
    Demikian sebahagian daripada beberapa perkara yang lahir dalam fahaman Syiah. Selain itu ada lagi dalamnya beberapa fahaman lain yang mempunyai pengikut-pengikutnya yang disebut secara khusus.

    Al-Karrabiah, Al-Kamiliah, Muhammadiah, Hisyamiah

    Al-Karrabiah:
    Mereka adalah pengikut Abu Karab al-Dharir dan sesetengah ulamak menamakan dengan Ibnu al-Dharir. Golongan ini terlalu melampau memuja Muhammad bin al-Hanafiah sehingga melampaui batas akal dan agama. Selain itu mereka mempunyai pegangan yang sama dengan golongan-golongan sesat yang lain. Mereka juga berpendapat Muhammad bin al-Hanafiah tidak mati sehingga sekarang. Mereka mendakwa dia berada di banjaran gunung Radhwa. Di sebelah kanannya ada singa dan di sebelah kirinya ada harimau yang sentiasa mengawalnya. Dia diberi rezeki yang tidak perlu dicari pada setiap hari. Mereka juga berkata Muhammad bin al-Hanafiah dihukum begitu kerana dia cenderung kepada Abdul Malik bin Marwan yang menjadi khalifah kerajaan Umawiyah pada zamannya.
    Al-Kamiliah:
    Mereka adalah pengikut Abu Kamil. Dia mendakwa semua sahabat yang meninggalkan majlis ikrar setia kepada Ali hukumnya kafir. Mereka juga berkata Allah itu mampu berkata-kata dengan semua lidah dan bahasa serta mampu berdiri di semua tempat. Mereka juga mendakwa Allah dapat menzahirkan dirinya dengan rupa manusia sama ada dengan seluruh rupa atau sebahagiannya sahaja. Abu Kamil mampu kembali hidup semula sebelum berlakunya hari kiamat. Mereka membenarkan kata-kata iblis yang mendakwa dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam kerana dia diciptakan daripada api. Api lebih mulia daripada tanah kerana api itu bercahaya sedangkan tanah itu tidak bercahaya. Selain itu, api juga pernah disembah. Mereka juga berpegang pada pendapat yang mendakwa jawatan imam adalah cahaya yang berpindah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Kadang-kadang, cahaya itu juga dapat berpindah ke dalam diri nabi. Kadang-kadang, cahaya boleh berpindah ke dalam diri imam biasa dan kadang-kadang juga imam boleh menjadi nabi. Fahaman ini menular pada awal pemerintahan Abbasiah.
    Muhammadiah:
    Iaitu golongan yang menunggu kelahiran semula Muhammad bin Abdullah bin al-Hasan bin al-Hasan bin Ali bin Abu Talib. Walaupun beliau dibunuh, mereka berkata, “Muhammad bin Abdullah masih hidup. Beliau bersembunyi di bukit Hajar yang terletak di daerah Najd. Pada akhir zaman, dia akan diperintah keluar daripada persembunyian.”
    Hisyamiah:
    Golongan ini mempunyai dua puak, pengikut Hisyam bin al-Hakam al-Rafazi dan pengikut Hisyam bin Salam bin al-Jawaqi.
  • Hisyam al-Hakim al-Rafazi: Pengasas ajaran atau fahaman yang menyatakan Allah itu berjisim. Walaupun tidak sama dengan yang lain, tetapi boleh digambarkan dari segi zatnya walaupun sifat kuasanya tidak terhingga. Dia tinggi dan lebar, lebarnya sama dengan tingginya. Mereka juga berkata Tuhan itu nur yang bercahaya seperti perak yang bersih dan mutiara yang bulat. Dakwaan itu adalah bohong dan tidak ada bukti yang membenarkan dakwaan mereka.
    Mereka juga menghadkan sifat-sifat Allah yang maha sempurna itu dengan menyatakan ilmu Allah itu terhad. Mereka berkata, “Adalah mustahil Allah itu mengetahui segala sesuatu secara berpanjangan.” Mereka mendakwa Allah mengetahui suatu dengan didahulukan tetapi tidak mengetahuinya terlebih dahulu. Mereka berkata al-Quran itu tidak khalik (pencipta) dan bukan makhluk (diciptakan). Ia adalah perbuatan Allah seperti juga ilmunya. Mereka membenarkan derhaka kepada para nabi sedangkan imam-imam pula bersifat maksum. Mereka berhujah, nabi itu diwahyukan padanya.

  • Hisyam bin Salam bin al-Jawaqi: Mereka lebih melampau lagi dengan membawa pegangan Mujasad dan Musyabihat. Mereka berpegang dengan fahaman yang menyatakan Allah itu berupa manusia yang tidak berdaging dan berdarah. Dia adalah cahaya yang putih yang mempunyai pancaindera yang lima. Mereka mendakwa Allah mempunyai tangan, kaki, hidung, mulut, mata dan telinga. Dia mendengar dengan yang lain daripada apa yang dia melihat dengannya. Seluruh pancainderanya berbeza-beza antara satu sama lain, separuh yang di atasnya berongga dan separuh yang di bawahnya tidak, mempunyai cahaya hitam dan putih, iradahnya. (berkehendak) ialah harakat (gerak). Sifat ini bukannya sifat bagi Allah dan bukan lain daripadanya. Apabila dia menghendaki sesuatu, dia bergerak. Maka berlakulah seperti kehendaknya.


  • Qaramitah & Duruz

    Mereka adalah pengikut kepada Hamdan bin al-As’as yang terkenal dengan Hamdan Qirmit. Qirmit bermakna melangkah pendek apabila berjalan. Ini kerana Hamdan dilihat pada zahirnya sebagai seorang yang bersifat zuhud dan fakir. Dia menetap di kampung daerah Teluk Parsi dengan mendirikan sebuah kawasan dan menamakannya dengan Darul Hijrah kononnya mengikut contoh nabi. Selepas berjaya mendapat pengaruh, dia menyebarkan ajarannya di daerah sekitarnya.
    Ajarannya juga berfahaman kebatinan. Antara cara dia mengumpul pengikut dan menegakkan ajarannya adalah dengan mengumpulkan harta yang menjadi milik bersama sehingga masing-masing mempunyai senjata bagi menentang sesiapa yang menghalang.
    Masalah makan minum diatasi dengan cara berkongsi. Kemudian, dia membawa pengikutnya supaya bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dengan tujuan berjinak-jinak dan berkasih sayang.
    Pada tahun 513 Hijrah (12 Januari 930) , mereka menyerang Mekah dengan bala tentera yang dipimpin oleh Abu Tahir al-Janabi. Pada Hari Raya Haji, mereka membunuh jemaah yang datang ke masjid dan orang-orang yang tawaf. Mereka masuk ke dalam Kaabah dengan berkuda, kencing semasa tawaf, mencabut Hajarul Aswad dan mengambil perhiasan Kaabah sambil mencaci secara mengejek.
    “Kalaulah rumah ini menjadi Tuhan, nescaya dia menyiram api neraka ke atas kita. Sesungguhnya kami tinggalkan jenazah-jenazah antara telaga zam-zam dan bukit Safa yang tidak mahu kepadanya melainkan Tuhan yang mengaku Tuhan.”
    Batu Hajarul Aswad menjadi rampasan mereka selama 20 tahun sehingga tentera Islam dapat mengalahkan mereka dan mengambil semula Hajarul Aswad.
    Duruz
    Mereka adalah kumpulan yang berasal daripada golongan pelampau Syiah yang pernah menegakkan Kerajaan Fatimiah di Utara Afrika. Pengikut kepada Muhammad bin Ismail al-Duruzi, yang berbangsa Turki. Sebahagian sarjana menyatakan dia berbangsa Parsi. Dia menjadi penyokong kuat kepada raja al-Hakim Biamrillah yang mengaku menjadi Tuhan. Dia dengan beraninya mengisytiharkan raja itu sebagai Tuhan di salah sebuah masjid di bandar Kaherah, Mesir. Kemudian, dia mengajak orang ramai beriman dan beribadah kepadanya tetapi golongan Durzi melaknatnya dan tidak menghormatinya lagi. Golongan Durzi mendakwa mereka adalah pengikut kepada Hamzah bin Ali al-Zuzani al-Farisi yang bergelar al-Hadi yang juga kenalan rapat al-Hakim Biamrillah.
    Al-Hakim memeritahnya supaya menerima jawatan pemimpin menyeru kepada fahaman Ismailiah dengan gelaran al-Sannadu al-Hadi dan diperintah supaya menjadikan Lembah Tim sebagai pusat kegiatannya. Apabila al-Hakim Biamrillah menghilangkan diri, golongan Durzi berpendapat dia menghilangkan dirinya bagi membuang kotoran murid-muridnya. Dia akan kembali semula apabila kezaliman di dunia ini sampai ke puncaknya dan dia kembali semula bagi menghitungkan orang-orang bukan Islam.
    Terlalu payah mendapat rujukan mengenai dengan ajaran mereka kerana mereka sangat merahsiakannya. Mereka tinggal berasingan daripada orang ramai iaitu di kawasan bukit-bukau dan pergunungan di Lubnan. Walau bagaimanapun, mereka adalah pecahan daripada fahaman Ismailiah bil Batiniah. Antara perkara yang menjadi kepercayaan mereka adalah:
  • Mempercayai tanasukh, iaitu roh berpindah daripada orang yang sudah mati kepada jasad orang lain. Alasan mereka adalah walaupun jasadnya mati namun rohnya tetap hidup. Mereka juga berkata, “Iblis lahir dalam tubuh Nabi Adam, kemudian berpindah ke tubuh Nabi Nuh, kemudian ke tubuh Nabi Ibrahim, kemudian ke tubuh Nabi Musa kemudian ke tubuh Nabi Isa, akhirnya ke tubuh Nabi Muhammad.” Mereka berkata pula, “Syaitan itu lahir dalam tubuh Nabi Adam. Kemudian ke dalam tubuh Sam bin Nuh, kemudian ke dalam tubuh Nabi Ismail, kemudian ke dalam tubuh Yushak, kemudian ke dalam tubuh Syam’un al-Shafa, kemudian ke dalam tubuh Ali bin Abi Talib, kemudian ke dalam tubuh Qidah (salah seorang pemimpin golongan Qaramitah).

  • Ruh orang yang mati akan kembali semula ke dunia ke dalam tubuh kanak-kanak yang baru dilahirkan.

  • Percaya kepada Injil dan al-Quran dengan cara memilih ayat yang boleh ditakwil dan meninggalkan ayat-ayat yang tidak boleh ditakwil. Mereka berkata juga al-Quran itu diwahyukan kepada Sulaiman al-Farisi. Kemudian ia diambil oleh Muhammad dan dia menisbahkannya kepada dirinya. Mereka menamakan al-Quran dalam buku-buku mereka dengan al-Mastur al-Mubin.

  • Mereka cenderung tidak mengerjakan ibadah dan jihad kerana mereka percaya Raja al-Hakim Biamrillah menjelma kepada mereka pada awal tahun 804 Hijrah lalu menggugurkan perintah sembahyang, puasa, zakat, haji, jihad, wilayah dan syahadah.


  • Al-Ismailiah al-Waqifah

    Golongan ini dianggap sebahagian daripada Syiah yang radikal dan terkeluar daripada agama Islam. Mereka percaya, yang menjadi Imam adalah Ismail bin Jaafar as-Sadiq, tetapi Isna Ashariah tidak mengiktiraf fahaman ini dan tidak mengiktiraf Ismail menjadi Imam selepas Imam Jaafar as-Sadiq meninggal dunia. Menurut mereka, Ismail adalah seorang yang melakukan kerja-kerja maksiat yang termasuk dalam dosa besar seperti meminum arak dan sebagainya. Namun, pengikut fahaman Ismailiah berkata, “Tidak mengapa dia mengerjakan dosa besar kerana dia maksum. Apabila dia minum arak, dia minum di bawah ilmu Allah.”
    Menurut Imam Abu Hasan al-Asy’ari, daripada fahaman Ismailiah ini juga lahirnya fahaman Qaramitah yang mengikut ajaran batiniah. Kemudian golongan Ismailiah bertelingkah dalam isu kematian Ismail.
    Ada di kalangan mereka yang berpendapat, Ismail tidak mati tetapi berpura-pura mati sebagai taqiah (menyelamatkan diri) daripada menjadi mangsa pemerintahan Abbasiah. Ada juga yang berpendapat, Ismail sebenarnya sudah mati maka anak-anaknya pula yang menjadi imam setepasnya. Ada juga berpendapat, yang menjadi imam selepas Ismail adalah anaknya Muhammad bin Ismail. Buku ini akan membincangkan dengan lebih terperinci apabila memasuki fahaman Ghulah yang dianggap terkeluar daripada Islam.
    GHULAH AL-SYIAH
    Mereka adalah terdiri daripada kumpulan fahaman Syiah yang dihukum keluar daripada Islam walaupun mereka mengaku sebagai pengikut Islam, kerana fahaman yang menjadi pegangan mereka membatalkan akidah. Antara fahaman-fahaman itu adalah:
    Al-Saba’iah
    Mereka adalah pengikut ajaran yang dibawa oleh Abdullah Inn S,di,r. Dia berasal daripada agama Yahudi kemudiannya mengaku Islam. Dia pernah berkata kepada Ali, “Awak adalah awak” Ia bermaksud, awak adalah Tuhan. Lalu dia dihalau ke Madyan. Selepas Ali meninggal dunia, dia menyebarkan ijarannya. Antara ajarannya, Yushak bin Nun adalah orang s.mg diwasiatkan oleh Musa, Ali juga diwasiatkan oleh Nabi Muhammad. Selepas itu, ajaran itu berkembang daripadanya luhaman-fahaman radikal yang lain. Kemudian, dia mendakwa Ali sebenarnya tidak mati. Beliau datang bersama awan, guruh .idalah suaranya, kilat ialah senyumnya, apabila bumi dipenuhi kezaliman, Ali turun memenuhi dengan keadilan. Kemudian dia membawa fahaman tanasukh al-arwah (selepas roh berpisah daripada jasad seseorang, roh itu berpindah pula ke jasad yang lain). Fahaman itu berasal daripada kepercayaan agama Hindu. Kemudian dia menyatakan, Tuhan menjelma ke dalam diri imam-imam yang dilantik selepas Ali.
    Ismailiah
    Pada awalnya fahaman ini seperti yang dijelaskan berhubung dengan Ismailiah al-Waqifah, iaitu mereka berpendapat imam mereka adalah Ismail binjaafar as-Sadiq. Oleh itu, mereka berselisih faham dengan golongan yang menyatakan imam selepas Jaafar adalah Musa al-Kazim. Golongan yang berpendirian sederhana mengakui Imam Musa al-Kazim. Mereka menyatakan Ismail menjadi imam yang disimpan dahulu seperti Hasan bin Ali di mana anak-anaknya tidak harus menjadi imam apabila dia meninggal dunia. Tetapi golongan Ismailiah ini berpendapat Ismail juga terus meninggalkan pusaka menjadi imam kepada anak-anaknya seperti juga Husain bin Ali. Ada juga di kalangan mereka yang berpendapat Jaafar melantik Musa sebagai penggantinya kerana untuk memelihara keselamatan Ismail, yang sebenar menjadi imam ialah Ismail bukannya Musa.
    Akidah mereka terkeluar daripada Islam kerana diresapi oleh perkara-perkara yang membatalkan akidah seperti membezakan syariat Allah dan menafikan tempat-tempatnya. Mereka berpecah kepada beberapa fahaman:
    Al-Batiniah
    Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah kerana mereka berkata, “Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad”, mereka menghurai ayat-ayat Allah dan hadis Nabi Muhammad dengan cara yang menyeleweng daripada maknanya yang sebenar berpandukan Nabi Muhammad, para sahabat, tabi’in dan sarjana Islam yang diiktiraf. Mereka mendakwa imam itu ada yang tersembunyi.
    Antara akidah mereka seperti yang dinyatakan dalam buku mereka adalah, Allah menjadikan dirinya kemudian kedua-duanya mentadbir alam ini. Mereka juga menafikan mukjizat. Menafikan turunnya malaikat membawa wahyu dari langit. Mereka menuduh nabi-nabi adalah orang-orang yang mahu jawatan menjadi ketua semata-mata. Mereka berpendapat hukum-hukum syariat itu boleh ditakwil. Sembahyang ditakwil dengan dengan taat kepada imam. Haji itu menziarahi imam. Puasa itu menahan rahsia imam bukannya tidak makan. Berzina itu adalah mendedahkan rahsia imam mereka juga berkata,
    “Sesiapa yang tahu makna hakikat ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya dengan mentakwilkan kata-kata Allah surah aJ-Hijr, ayat 99,
    “Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu yakin.”
    Mereka juga menimbulkan syak kepada al-Quran, Taurat, Zabur dan Injil, membatalkan hukum syariat, tidak percaya kepada hidup semula selepas mati dan menolak adanya malaikat dan jin. Antara masalah-masalah dalam al-Quran yang dijadikan bahan perbincangan mereka adalah,
    “Huruf-huruf yang menjadi permulaan surah-surah al-Quran dengan takwil-takwil yang direka.”
    Antara cara yang dilakukan bagi mempengaruhi orang ramai adalah dengan menagih simpati dan menyokong Ahli Bait yang menjadi sasaran tekanan pada zaman Umawiyah dan Abbasiah.
    Gerakan ini bertolak daripada gerakan Abdullah bin Saba’ yang bergabung dengan golongan Ismailiah. Antara tokoh mereka adalah al-Mughirah bin Said al-A ‘jali yang selalu datang berjumpa Imam Muhammad Baqir. Kemudian dia memutarbelitkan ajaran yang sebenar, antaranya mentafsirkan kenyataan Allah surah an-Nahl, ayat 90,
    “Sesungguhnya Allah menyeru kepada keadilan, berbuat baik dan memberi hak kepada kaum keluarga dan melarang daripada kejahatan dan mungkar.”
    Dia berkata “Adil dan ihsan itu adalah Fatimah dan Ali, kaum kerabat adalah Hasan dan Husain, kejahatan itu adalah Abu Bakar dan mungkar itu Umar.”
    Apabila Imam Muhammad al-Baqir mengetahui penyelewengan al-Mughirah, beliau menolak dengan sekeras-kerasnya dan menjauhkan diri daripadanya.
    Pada akhirnya al-Mughirah bertindak lebih melampau lagi sehingga mengatakan Ali boleh menghidupkan orang mati dan mengetahui perkara yang ghaib. Kemudian dia melantik dirinya menjadi imam sehingga mengaku menjadi Tuhan.
    Kemudian lahir pula muridnya yang bernama Abu Mansur al-A’jali yang berkata, “Nabi itu tidak berakhir dengan Nabi Muhammad. Pintu-pintunya terbuka kepada golongan Ismailiah.”
    Abu Mansur sendiri mengaku dirinya menjadi nabi. Ajaran ini dihidupkan pada zaman sekarang oleh golongan Baha’i.
    Antara tokohnya juga adalah Maimun bin Dishan yang berasal daripada pengikut agama Yahudi. Kemudian dia menganut Islam dan menganut ajaran Batiniah. Dia membawa fahaman yang menyatakan imam itu mempunyai sifat maksum yang tidak terhingga kerana pelantikannya daripada Allah. Dia wajib bersifat memelihara syariat sejak azali dan berada dalam ilmu Allah yang qadim, bersama nur yang awal, berpindah daripada nabi kepada imam. Bagi memelihara rahsia fahamannya, dia membahagikannya kepada tujuh martabat. Seseorang itu tidak naik ke martabat yang lebih tinggi melainkan selepas berjaya diuji.